Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’).
Di antara kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut:
Gangguan pembuangan air kecil
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah pekencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mulakan kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila batuk, bersin ataupun apa sahaja perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini digelar sebagai Stress Incontincence yang sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wuduknya.
Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan Pelvic Floor Muscle, maka kekuatan untuk mencekang dan mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seksual khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seksual selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada pelbagai faktor tetapi di antaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot di sekeliling faraj.
Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana rahim terkeluar daripada faraj khususnya ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh, ia menarik otot dan sering kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai penderitanya mengadu sakit pinggang.
Gangguan kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, sering kali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosioni. Luka ini sering kali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau keluar lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat pergeselan yang berpanjangan. Malah ada sesetengah kanser pangkal rahim berpunca daripadanya.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya ‘prolapse’. Antaranya adalah seperti berikut:
- Faktor Baka – Sesetengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara mara mereka khususnya ibu, ibu saudara atau nenek mengalami masalah yang sama. Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan. Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang serta mencukupi dari segi semua zat seperti protein dan vitamin.
- Senaman - Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang mmegang faraj dan rahim. Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau senaman untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Amalan senaman waktu hamil dan selepas kelahiran sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh itu kelalaian atai tidak melakukan senaman adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.
marilah kita kaum wanita mnjaga sebaik-baiknya slh satu anguerah yg ada pd kita..
peliharalah ia selagi ia boleh dipelihara..
mahu kah korang jdik sebigini??subhanallah..semoga ia tdk mnjadi mimpi ngeri kita..
amalkan lah pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL corset kerana ia adalah salah satu cara untuk
menyuburkan dan menyihatkan bahagian ini..
PLS HURRY UP!!!
SURE PNYE KORANG TK AKAN RASE MEMBAZIR PON MEMILIKI CORSET INI..
DAH LA LIFE TIME WARRANTY..
BELI SEKALI PAKAI SEUMUR HIDUP..
CALL/SMS CEPAT2 YERK... SHAI - 0129814649
Now ade Promotion Price...
Free Gift pon styll dpt..
dpt plak tambahan BAUCER dr produk STAGE..
0 surat cinta:
Catat Ulasan